Followers

Thursday, March 29, 2012

Bulan Mac

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar, bulan Mac hampir saja berakhir. Boleh dikatakan banyak juga aktiviti saya pada bulan Mac ini. selain sibuk di tempat kerja baru, uruskan road tax yang tamat pada hujung Mac, renew lesen kereta yang juga tamat tempoh pada bulan Mac, servis kereta, kendiri kahwin kawan lama di hujung bulan, kenduri kahwin adik punya suami punya adik, temuduga kerja dan lain-lain.

Saya pasti ada di antara pengunjung blog ini atau rakan-rakan followers turut sama sibuk pada bulan Mac ini. maklumlah, bagi yang sibuk belajar di IPTA, tentunya sekarang berada di pertengahan semester dan sedang sibuk menempuhi ujian semester.

Bagi yang menyambut harijadi di bulan Mac, saya ucapkan "Selamat Hari Jadi". terasa ingin meletakkan sedikit info tentang rahsia kelahiran bulan Mac. Di sini, saya sertakan sebahagian rahsia kelahiran bulan Mac.

o Berpesonaliti menarik dan menawan.

o Mudah didampingi.

o Sangat pemalu dan pemendam rasa.

o Suka pada kedamaian.

o Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.

o Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.

o Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.

o Suka berangan-angan.

o Suka melancong.

o Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.

o Kelam kabut dalam memilih pasangan.

o Suka dengan hiasan rumahtangga.

o Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.

ok, itu sahaja untuk post kali ini. semoga para pengunjung blog happy selalu di mykedaibuku2u.
salam...