Followers

Saturday, February 11, 2012

Setahun Sudah Berlalu

Assalamualaikum,..

Diam tak diam setahun sudah berlalu. Ya, setahun jugalah saya tidak update blog ini. Alasan sibuk dengak kerja dan belajar serta projek-projek lain tidak wajar saya berikan kepada pengunjung blog ini malah kepada followers blog ini yang saya kasihi. Maafkan saya..

Beberapa kali saya mencuba untuk sign in blog ini agar dapat menulis artikel, namun disebabkan tempoh yang terlalu lama menjauhkan diri daripada dunia blogging ini menyebabkan saya lupa password.

Inilah akibat sudah setahun tidak menulis sebarang artikel dalam blog ini. Malah, tak sempat juga untuk mengucapkan salam tahun baru 2012 yang sudah sebulan berlalu. Sekarang dah masuk Februari. Mujurlah saya mencuba dan terus mencuba dan berjaya mengingati semula password untuk blog ini. Syukur..

Baiklah, baru-baru ini saya mendapat ilham untuk konsisten dalam dunia blogging, iaitu satu artikel untuk satu bulan. Ini bermakna saya akan update blog ini sebulan sekali. Mungkin ini cara yang lebih baik daripada update blog setahun sekali. :)

Lagi satu, jika ada yang perasan, saya menulis artikel hampir setiap minggu pada tahun 2010. Ini memberi kesan kepada saya iaitu kekurangan idea untuk ditulis pada setiap minggu.

Saya mengharapkan agar saya dapat terus memanfaatkan blog ini kepada lebih ramai orang di masa akan datang. Jadi, inilah azam saya pada tahun 2012 iaitu satu artikel untuk sebulan. Ya, update blog sebulan sekali. Ini saja yang saya termampu. Maklumlah, ada beberapa perkara lain yang menuntut komitmen yang lebih.

Oklah, setakat ini sahaja dulu artikel saya yang pertama untuk tahun 2012. Harap dimaafkan kegagalan saya untuk menulis secara konsisten di blog ini.

p/s : dah habis guna baucer buku 1malaysia? saya baru guna separuh. harap mana yang belum habis pakai macam saya, cepat-cepatlah guna sebelum 30 mac 2012.

Sebagai penutup, terimalah sebuah lagu yang dipopularkan oleh Alleycats -

Setahun Sudah Berlalu


Gurindam dan irama
Tidak lagi ku hiraukan
Setelah api cinta terpadam
Apa yang tinggal kini
Hanya sisa kesal kelmarin
Menjadi simfoni mendayu
Pada setiap malam minggu

Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari
Ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan ku beri

Kesepian memaksa
Ku lihat wajah di cermin
Terpandang parut di muka ku
Bekas cinta yang lama
Apakah tidakkan hilang
Kesan cinta yang terus mendatang
Bermain di jiwa ini