Followers

Friday, July 6, 2012

Review Buku Bulan Ini - Berani Gagal

Assalamualaikum...

Kali ini saya cuba untuk membuat sesuatu yang lain pula di blog kedai buku ini. Sekiranya sebelum ini saya suka berkongsi tip-tip dengan para pengikut dan pembaca blog ini, kali ini saya berminat untuk membuat topik baru di blog ini iaitu Review Buku. Insya Alllah, review buku ini akan dibuat sebulan sekali. Walaubagaimanapun, sekiranya saya berkesempatan, saya lebih suka untuk membuat review buku secara mingguan berbanding bulanan.




Buku 'Berani Gagal' sudah lama berada di pasaran. Malah, boleh dianggap sebagai antara buku motivasi yang terhebat pernah dihasilkan oleh saudara Billi Lim, penulis buku ini yang berkongsi pengalaman suka-dukanya dengan pembaca. Saya sendiri terharu apabila membaca buku beliau kerana jalan cerita hidup beliau hampir sama dengan pengalaman yang ditempuhi oleh saya.

Apa yang membezakan antara saya dengan beliau hanyalah Billy Lim pernah gagal dalam perniagaan yang dibangunkannya sedangkan saya hanya gagal dalam perniagaan yang dibangunkan oleh orang lain. Jika tidak silap saya, daripada pembacaan saya, beliau pernah membuka syarikat. Namun perniagaan beliau gagal.

Selain itu, saya juga seperti beliau yang berkongsi pengalamannya yang merasai jerih peritnya apabila gagal dalam perhubungan, percintaan, perniagaan. Saya sendiri mengakui pernah gagal dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan, perhubungan dan hampir saja saya gagal dalam kehidupan!

Buku Berani Gagal ini juga mengajar pembacanya agar lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Percayalah, kegagalan itu hanya sementara untuk mereka yang cekal dan tabah. Jangan sesekali merasa putus asa. Saya sendiri pernah merasai pengalaman tersingkir dari universiti disebabkan masalah peribadi, namun, syukurlah kerana peluang untuk kita memperbaiki kehidupan sentiasa ada. Apa yang penting terus dan terus mencuba sehingga berjaya.

Banyak lagi yang dikongsikan oleh Billy Lim di dalam buku ini tentang kisah orang yang gagal, kemudian berupaya untuk bangkit daripada kegagalan sehingga mencapai kejayaan yang luar biasa. Contohnya, Abraham Lincoln yang banyak kali gagal dalam pilihanraya sehinggan akhirnya beliau berjaya juga memenangi kerusi presiden dan layak untuk menjadi Presiden Amerika.

Oh ya, bagi anda yang meminati dan suka mendapatkan info tentang falsafah, anda boleh mendapatkan info tersebut di laman blog falsafah2u.blogspot.com

Setakat ini saja dulu, untuk kali ini. Insya Allah, saya sambung lagi jika ada kelapangan. Selamat Berpuasa lagi 2 minggu... :)