Followers

Wednesday, June 27, 2012

BUlan Jun 2012

Assalamualaikum,

Peperiksaan akhir semester baru sahaja berakhir. Sekarang ni pelajar IPT dah mula bercuti. Agak-agaknya apa yang nak dibuat semasa bercuti? Bagi golongan yang digelar 'blogger', masa cuti inilah blog-blog mereka akan menjadi hyper aktif (dijangka akan berlaku) dan pelabagi cerita, entri dan gambar-gambar yang akan diupload.

Manakala bagi golongan yang mendakwa mereka adalah pelayar facebook tegar atau 'kaki fesbuk', cuti selama 2 bulan inilah yang akan digunakan sepenuhnya untuk berchatting, layan game di fesbuk dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dalam facebook. Mark Zuckerberg tersenyum riang di sana.


Diam tak diam, sedar tak sedar, perasan tak perasan, dah penghujung bulan Jun. Bagi yang menyambut harijadi pada bulan Jun, selamat hari jadi diucapkan.

Okeylah, tiada apa lagi yang nak diceritakan. ini pun bersyukur ke hadrat Ilahi sebab diberi ilham apakah password untuk log in. Entah bagaimana dah terlupa kata laluan ke blog ini. (ini akibat bila dah lama sangat tidak ber-blogging...)

Pada yang berminat untuk mengetahui "Rahsia Penulis Ebook", anda boleh klik di sini --->>> Rahsia Penulis Ebook

No comments:

Post a Comment