Perkiraan tahun Islam Hijrah..
Perpindahan Nabi dan Umat Islam,
Dari kota Mekah ke Kota Madinah...
Atas keyakinan dan iman yang teguh,
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu..
Rela berkorban harta dan nyawa,
Demi menegakkan Islam yang tercinta...
Salam semua,..
Tiba2 seronok pula nyanyi lagu nasyid Hijrah.. Teringat zaman sekolah dulu terlibat aktiviti nasyid. Hehe.. Santai saje artikel saya pada kali ini.. Pada asalnya terfikir nak buat review buku pasal Kitab La Tahzan (Don't be Sad). Maklumlah, setelah membaca buku tersebut selama 2 tahun setengah (590 mukasurat), terdetik hati ini nak berkongsikan info mengenai buku yang 'best seller' itu. Banyak manfaat yang boleh didapati daripada buku tersebut.
Tapi, entah bagaimana, terfikir nak tulis sedikit tentang Tahun baru Hijrah.
Awal Muharram
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Tu dia serba ringkas yang saya petik daripada sumber Wikipedia.
Alang2 dah nyanyi lagu nasyid, saya nak habiskan sikit lagi lah.. :)
Hijrah itu pengorbanan..
Hijrah itu perjuangan..
Hijrah itu persaudaraan..
Hijrah membentuk perpaduan..
Oleh itu mari semua..
Kita sambut Maal Hijrah..
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam..
Untuk sepanjang zaman... (Ulang 2 kali)
No comments:
Post a Comment