Followers

Tuesday, February 12, 2013

Ulasan Buku – Cerita Betul Facebook


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada kali ini, saya diberi kesempatan untuk meluangkan masa menulis sesuatu di dalam blog kedai buku yang agak sederhana ini. Alhamdulillah, saya baru saja dapat menghabiskan buku Cerita Betul Facebook. Kalau diikutkan ,ada juga beberapa buah buku yang telah selesai dibaca. Namun, saya belum lagi membuat ulasan mengenai buku-buku tersebut. Tapi, tak mengapa. Kali ini, saya akan kongsikan dengan anda sedikit informasi tentang buku yang agak popular terbitan PTS, Cerita Betul Facebook.

Setiap hari, hampir 70 juta pengguna login bagi melihat profil teman-teman mereka dengan peningkatan pengguna sebanyak 150 ribu orang setiap hari. Facebook menerima lebih daripada 14 juta foto yang diupload setiap hari dan angka ini terus meningkat.
Siapa sangka tokoh di sebalik kejayaan Facebook adalah seorang daripada mahasiswa Harvard University yang bermasalah. Hebat lagi, seperti kisah para tokoh pelopor software lain yang bermula dari garaj, Facebook dibangunkan dan ditulis sendiri dari bilik. Kini, Mark Zuckerberg adalah CEO yang berusia 24 tahun!

Namun, kejayaan Mark dan Facebook tidak berlaku dalam sekelip mata. Beberapa tahun diperlukan bagi memerah idea merancang konsep pemasaran. Kini, Facebook menjadi sebuah laman web jaringan sosial yang sukses mengatasi laman web jaringan sosial yang terdahulu.

Isi Kandungan Buku
Prakata vii
Pengantar Penterjemah ix
Pendahuluan xi
Bab 1: Laman Web Kontroversi 1
Bab 2: Bermula dari Harvard 5
Bab 3: Lahirnya Idea 11
Bab 4: Perang Bermula 15
Bab 5: Penafian 19
Bab 6: Membangunnya Empayar 23
Bab 7: CEO yang Menjengkelkan 27
Bab 8: Karma 31
Bab 9: Laman Web Hebahan 35
Bab 10: Aplikasi Pihak Ketiga Facebook 51
Bab 11: Data dan Fakta Facebook 57
Bab 12: Bagaimana Menggunakan Facebook 61
Bab 13: Tip dan Trik Facebook 77
Bab Bonus: Evolusi Facebook 101

Itu saja daripada saya untuk kali ini. Ada masa saya akan menulis lagi. Teruskan aktiviti membaca dan menambah ilmu. :)
Terima kasih.







Sumber : PTS

p/s : saya amat menggalakkan anda membaca buku ini. Sila dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran anda. :) 

No comments:

Post a Comment