Followers

Sunday, June 6, 2010

Tip Buku Minggu Ini – Cara Salah Pupuk Minat Baca Buku

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? Moga sentiasa sihat hendaknya. Alhamdulillah, blog kedai buku2u dah pun makin bertambah pengikut-pengikutnya. Daripada seorang, kemudian dua orang, sekarang dah jadi lima, eh, bukan lima, tapi dua puluh lima orang. Ya, 25 orang. Terima kasih saya ucapkan kepada anda. Bagi yang dah ‘follow’ blog saya tapi saya belum ‘follow’ blog anda lagi, sila maklumkan kepada saya. Mana tahu kalau-kalau saya terlepas pandang. Tip Buku Minggu Ini nak bercerita pasal Cara Salah Pupuk Minat Baca Buku. Selamat membaca.

Terdapat 3 pendekatan atau cara yang salah ketika anda ingin memupuk minat membaca buku.

Pertama, memaksa diri untuk membaca. Ini bukanlah cara yang baik untuk memupuk minat membaca. Bagaimana anda nak seronok melakukan sesuatu yang dipaksa? Macam bercintalah juga. Bolehkah cinta itu dipaksa? Pasti tak boleh. Saya sendiri mengakui masih ada beberapa buku yang sudah lama berada di rak buku saya yang saya belum baca lagi. Saya cuba memaksa diri supaya habiskan membaca buku-buku tersebut tapi malangnya baru baca dua tiga mukasurat, saya dah ‘give up’.

Yang peliknya, saya dapat menghabiskan membaca buku-buku yang saya minati dalam masa sebulan. Sebagai contoh, pada bulan Mei yang lepas, saya dapat menghabiskan dua buah buku. Ini kerana dua buah buku tersebut berkaitan dengan perkara yang saya suka. Kedua-duanya adalah buku bukan fiksyen yang mempunyai lebih 200 mukasurat! Barulah saya faham bahawa buku-buku yang berkaitan dengan perkara yang kita sukai adalah lebih mudah untuk dibaca. Kita tak rasa terpaksa membaca malah rasa suka dan rela (sukarela) membaca buku tersebut.

Kedua, merasakan aktiviti membaca buku itu menyusahkan. Sebaiknya anda ubah ‘mind set’ anda. Fikirkan bahawa aktiviti membaca buku itu menyenangkan. Cari buku-buku yang menyeronokkan dan yang berkaitan dengan perkara yang anda sukai. Sebaiknya anda meletakkan suatu objektif bahawa anda ingin mendapatkan sesuatu yang memberi manfaat kepada diri anda daripada buku tersebut.

Ketiga, menganggap aktiviti membaca adalah tugas atau kerja yang membosankan. Susah juga kalau ada anggapan sebegini. Ia bagaikan suatu tembok yang menghalang diri anda daripada membaca buku. Ubah tanggapan sebegini sekiranya ada pada diri anda. Fikirkan perkara-perkara positif yang bakal berlaku pada diri anda sekiranya anda mempunyai kecenderungan untuk membaca buku. Fikirkan apakah buku-buku yang bagus yang dapat meningkatkan pengetahuan dan tahap pemikiran anda. Secara tak langsung anda akan rasakan membaca buku bukanlah sesuatu yang membosankan malah ia menjadikan diri anda semakin bijak berbanding orang yang kurang atau tidak membaca buku.

Kesimpulannya, membaca bukanlah suatu perkara yang perlu dipaksa, dipandang sebagai perkara yang susah dan kerja yang membosankan. Buang segala tanggapan negatif tentang tabiat membaca buku. Renung-renungkan dan terima kasih kerana membaca. :)

5 comments:

  1. membaca ni mesti minat..kalo tak minat tengok huruf dalam buku pun dah naik pening kepala...

    ReplyDelete
  2. your blog nie sgt bagus n ilmiah, love to read coz i like to read..keep it up k kedai buku:)

    ReplyDelete
  3. Hmm.. Betul tu eddy. Kalau tak minat mmg mcmtulah gayanya. Anyway, thanx for komen. :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih, sheedah. Blog saya ni simple jer. Saya sempat berkunjung ke blog awak dan wow.., terserlah kreativiti awak. Tahniah kerana awak ada tabiat yg bagus iaitu suka membaca. Apa-apapun, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini dan memberi komen. Datang lagi ya..! :)

    ReplyDelete
  5. salam..
    Bagi saya utk memupuk minat membaca kena mula dari zaman kanak2.. Mulakan dengan buku bergambar yang mempu tarik perhatian si kecil.. Contohi orang di barat yang membaca bersama anak2 mereka, gunakan intonasi yang menarik untuk membezakan karakter2 dalam cerita tersebut..
    Gantikan mainan dengan buku2 sebagai hadiah kepada anak2..

    ReplyDelete