Followers

Monday, November 22, 2010

Tip Buku Minggu Ini – Penanda Buku

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? Moga ceria-ceria selalu hendaknya.. Diharapkan para pengikut blog ini dan pengunjung blog ini akan terus menikmati informasi yang dapat saya kongsikan dalam blog kedai buku ini. Tip Buku Minggu Ini mengajak anda untuk mengetahui sesuatu yang dipanggil Penanda Buku. Selamat membaca.

Tentu anda tertanya-tanya mengapa saya memilih tajuk penanda buku untuk tip buku pada minggu ini? Penting sangatkah penanda buku tu?

Sebagai seorang yang rajin membaca buku, anda sememangnya memerlukan penanda buku untuk menemani anda ketika membaca sesebuah buku. Penanda buku adalah penting untuk menentukan mukasurat manakah yang anda sedang baca.

Contohnya, anda membaca buku sehingga mukasurat 19. Sekiranya anda meletakkan penanda buku di mukasurat tersebut, sudah pasti anda tidak mengalami masalah untuk mencari-cari kembali mukasurat manakah yang merupakan mukasurat terakhir yang anda baca. Dalam erti kata lain, anda sudah menjimatkan masa anda untuk membaca buku tersebut.

Kadangkala terdapat sesetengah orang yang suka melipat hujung mukasurat untuk dijadikan sebagai tanda mukasurat terakhir yang dibaca. Namun begitu, amalan ini tidak begitu bagus untuk mereka yang ingin menjaga kualiti buku tersebut. Satu lagi, cara ini akan menyukarkan pembaca sekiranya buku tersebut ingin diulang baca sekali lagi. Kekeliruan pasti akan berlaku.

Anda boleh membeli pelbagai jenis penanda buku yang dijual dengan harga yang berpatutan. Malah, anda akan dapati penanda buku pada zaman sekarang semakin menarik dari segi bentuk, warna, rekabentuk dan saiz. Secara tidak lansung, penanda buku juga boleh memotivasikan kita untuk lebih seronok membaca buku. Kadang-kadang, penanda buku juga merupakan cenderahati atau produk percuma yang diberi kepada anda daripada kedai buku. :)

Jadi, apa yang ingin anda lakukan sekarang? Carilah penanda buku yang ada dalam simpanan anda dan gunakannya untuk buku yang sedang anda baca sekarang. Saya harapkan setelah anda membaca artikel pada minggu ini, anda akan menjadi lebih bermotivasi untuk membaca buku. Terima kasih kerana membaca. :)

3 comments:

  1. tak pernah lipat hujung buku utk jadikan penanda.. walaupun buku teks masa sekolah dulu.. memang letak penanda buku.. kebanyakkannya dapat hadiah dari kawan2.. yang beli sendiri pun ada juga..

    ReplyDelete
  2. hmm.. bagus tu cik wahida. buku teks pun anda letak penanda buku. tentu buku teks anda masih dlm kualiti yg baik. syabas saya ucapkan kerana anda memanfaatkan penggunaan penanda buku. :)

    ReplyDelete
  3. Saya tidak sampai hati untuk melipat buku, bahkan untuk membuka seluas2 nya pun tidak sanggup kerana bimbang koyak.

    saya tidak pasti kenapa ramai yang sanggup melakukannya. Em, mungkin cara penilaian seseorang terhadap buku itu berbeza.

    Buku yang cantik dan elok dikatakan tidak memanfaatkan buku atau buku itu tidak dibaca sedang buku yang renyuk dan lunyai dikatakan kerana kuat membaca. entahlah? apa pendapat kedai buku?

    ReplyDelete