Followers

Sunday, March 20, 2011

Tip Buku Minggu Ini - buku elektronik (e-book)

Assalamualaikum semua..

Nak tanya, pernah ke dengar perkataan e-book atau e-buku? Tentu pernah, kan? Kalau dah selalu melayari internet dan celik IT, pasti anda pernah terdengar perkataan ini. Bahkan, pasti ada yang pernah membaca e-book atau e-buku. Bagi yang tak tahu, sila teruskan membaca artikel ini.

Tip Buku Minggu ini berkongsi info dengan anda tentang e-book. Selamat membaca. :)

e-buku atau buku elektronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang mengandungi pelbagai maklumat. E-buku ini terdapat dalam bentuk berbayar dan juga dalam bentuk percuma. Kebanyakan e-buku ini didatangi dalam bentuk fail .pdf atau seumpamanya untuk kemudahan setiap individu untuk membacanya di komputer atau peranti khas.

E-buku boleh dikategorikan seperti buku teks. Ia merangkumi bidang pendidikan, teknologi, agama, politik, alam sekitar, kehidupan, masakan dan sebagainya. Penggunaan e-buku akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini dan masa akan datang kelak. Terdapat banyak organisasi atau individu yang menulis atau mengalihkan sumber cetakan mereka kepada e-buku untuk memudahkan pembaca dan pemasaran secara terus di internet.

Ya, itulah dia serba ringkas info mengenai buku elektronik yang dapat saya kongsikan dengan anda pada minggu ini. Untuk melihat contoh e-book, anda boleh klik pada banner yang ada di sebelah kanan blog ini. terdapat pelbagai contoh e-book yang ada.

Maklumat tambahan : Untuk pengetahuan anda, saya juga ada menyimpan beberapa e-book. jika berminat untuk mendapatkannya, anda boleh maklumkan pada saya melalui e-mel.

Sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca. :)


sumber : wikipedia

Monday, March 14, 2011

Tip Buku Minggu Ini – Baca 12 buah buku setahun

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Pada kali ini, saya ingin berkongsi maklumat tentang jumlah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia. Moga maklumat yang disampaikan ini memberi faedah kepada kita malah lebih memotivasikan diri kita untuk membaca lebih banyak buku. Selamat membaca! :)

Seringkali kita terdengar andaian-andaian malahan kajian-kajian yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu mengenai tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Saya menggunakan perkataan “dalam kalangan” dan bukannya “di kalangan” kerana mengikut saranan dan ajaran pensyarah saya yang merupakan professor dalam bidang bahasa Melayu.

Tabiat membaca atau jumlah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia seringkali diberikan tanggapan yang kurang sesuai atau munasabah. Sebagai contoh, ada segelintir pihak yang mengatakan kononnya kajian telah dibuat dan mengatakan bahawa secara puratanya rakyat Malaysia membaca satu mukasurat sahaja setahun. Baru-baru ini, saya membaca kajian yang nampaknya lebih munasabah untuk diterima akal tentang jumlah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia.

Berikut saya paparkan sebahagian daripada artikel yang terdapat di dalam akhbar Kosmo.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu Bakar memberitahu, kajian menunjukkan rakyat Malaysia yang berusia di antara 10 hingga 40 tahun membaca sebanyak lapan hingga 12 buah buku setahun.

Dalam kajian yang sama iaitu kajian olahan semula profil membaca Malaysia 2010 mendapati, mereka yang lebih berusia membaca secara purata enam buah buku.

Secara amnya, angka ini menunjukkan peningkatan yang baik berbanding purata hanya dua buah buku seorang yang dicatatkan dalam kajian pada tahun 2005.

Raslin berpendapat, jumlah buku yang patut dibaca oleh seseorang itu sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri.

Namun beliau menyarankan agar setiap orang meluangkan sekurang-kurangnya satu jam setiap hari untuk membaca.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan dengan anda pada kali ini. Terima kasih kerana membaca. :)

Wednesday, March 2, 2011

Tip Buku Minggu Ini - Gudang Buku

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ketika membelek-belek suratkhabar KOsmo siang tadi, saya terlihat artikel yang bertajuk "Gudang Buku". Saya fikir, ia adalah sesuatu yang menarik untuk dikongsikan dengan pembaca blog ini. Di sini, saya letakkan sebahagian daripada artikel tersebut untuk tatapan anda semua. Selamat membaca! :)

Gudang buku (Sumber : Kosmo)

PENGGEMAR buku adakalanya bukan sahaja cerewet memilih buku tetapi juga lokasi terbaik mencari buku. Bagi yang mementingkan kualiti dan pilihan, mereka lazimnya akan mencari kedai buku yang besar dan selesa. Kepada yang mempunyai bajet terhad, akan ke kedai buku terpakai. Trend terkini ialah memesan buku secara talian yang amat sesuai bagi mereka yang sibuk dan tidak berkesempatan ke kedai buku.


Sebahagian besar pembeli buku memilih Kinokuniya di Suria KLCC atau BookXcess di Amcorp Mall Petaling Jaya untuk membeli buku baru.

Bagi pencari buku-buku terpakai pula, gudang jualan Payless Book di Dataran Milennium Petaling Jaya, Junk Bookstore di Jalan Tun H.S. Lee dan tingkat atas Pasar Chowrasta, Pulau Pinang disebut-sebut sebagai lokasi terbaik pilihan mereka.

Populariti Kinokuniya atau Kino di kalangan kebanyakan rakyat Malaysia mungkin dibantu oleh lokasi yang sangat strategik.

Suria KLCC mudah diakses memandangkan ia mempunyai stesen LRT dan tempat letak kereta bawah tanah yang luas.

Meneliti komen pembaca dalam forum dan blog masing-masing, empat faktor dapat dirumus yang menjadikan Kino sangat digemari ramai iaitu pilihan buku, persekitaran, layanan pekerja dan khidmat dalam talian.

p/s : Untuk artikel yang lebih terperinci, sila layari laman web kosmo.