Followers

Wednesday, March 2, 2011

Tip Buku Minggu Ini - Gudang Buku

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ketika membelek-belek suratkhabar KOsmo siang tadi, saya terlihat artikel yang bertajuk "Gudang Buku". Saya fikir, ia adalah sesuatu yang menarik untuk dikongsikan dengan pembaca blog ini. Di sini, saya letakkan sebahagian daripada artikel tersebut untuk tatapan anda semua. Selamat membaca! :)

Gudang buku (Sumber : Kosmo)

PENGGEMAR buku adakalanya bukan sahaja cerewet memilih buku tetapi juga lokasi terbaik mencari buku. Bagi yang mementingkan kualiti dan pilihan, mereka lazimnya akan mencari kedai buku yang besar dan selesa. Kepada yang mempunyai bajet terhad, akan ke kedai buku terpakai. Trend terkini ialah memesan buku secara talian yang amat sesuai bagi mereka yang sibuk dan tidak berkesempatan ke kedai buku.


Sebahagian besar pembeli buku memilih Kinokuniya di Suria KLCC atau BookXcess di Amcorp Mall Petaling Jaya untuk membeli buku baru.

Bagi pencari buku-buku terpakai pula, gudang jualan Payless Book di Dataran Milennium Petaling Jaya, Junk Bookstore di Jalan Tun H.S. Lee dan tingkat atas Pasar Chowrasta, Pulau Pinang disebut-sebut sebagai lokasi terbaik pilihan mereka.

Populariti Kinokuniya atau Kino di kalangan kebanyakan rakyat Malaysia mungkin dibantu oleh lokasi yang sangat strategik.

Suria KLCC mudah diakses memandangkan ia mempunyai stesen LRT dan tempat letak kereta bawah tanah yang luas.

Meneliti komen pembaca dalam forum dan blog masing-masing, empat faktor dapat dirumus yang menjadikan Kino sangat digemari ramai iaitu pilihan buku, persekitaran, layanan pekerja dan khidmat dalam talian.

p/s : Untuk artikel yang lebih terperinci, sila layari laman web kosmo.

No comments:

Post a Comment