Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Apa khabar anda hari ini? Moga sentiasa sihat hendaknya. Alhamdulillah, blog kedai buku2u dah pun bertambah pengikutnya. Daripada seorang, kemudian dua orang, sekarang dah jadi lima orang. Terima kasih saya ucapkan. Blog ni pun dah masuk dua bulan kewujudannya. Tip Buku Minggu Ini mengajak anda Pupuk Minat Baca Buku. Selamat membaca.
Sebenarnya, apabila bercakap mengenai cara untuk memupuk minat membaca buku, ia berkaitan dengan 3 kategori. Kategori pertama, diri sendiri. Kedua, kawan-kawan. Ketiga, ahli keluarga contohnya : anak. Maknanya, samada ingin memupuk diri sendiri supaya suka membaca atau cuba memupuk minat membaca dalam kalangan kawan-kawan atau pupuk minat anak agar suka membaca buku. Jadi, lebih baik anda mulakan dengan diri sendiri dahulu!
Saudara pembaca yang saya kasihi,
Bagaimana hendak memupuk minat suka membaca? Jawapannya adalah anda perlu membaca buku-buku yang menakjubkan, menyeronokkan, menyenangkan, menarik dan yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Lihatlah buku sebagai benda yang mengujakan. Membaca adalah menyeronokkan. Ia adalah waktu untuk memberi ketenangan, pengembaraan dan penerokaan dengan menikmati cerita yang bagus. Jika anda belajar untuk suka membaca, seperti yang saya lakukan dan juga seperti yang orang lain lakukan, ia bukan lagi menjadi suatu tabiat yang perlu anda pupuk dan kembangkan TETAPI anda akan melihatnya sebagai perkara yang perlu dilakukan setiap hari.
Untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kawan-kawan atau pupuk minat anak agar suka membaca buku, caranya adalah dengan mengajak anak/kawan anda ke kedai buku, perpustakaan dan pesta buku. Cara ini dapat membiasakan anak/kawan anda dengan buku dan mencintai ilmu. Anda juga boleh lakukan cara ini kepada diri anda sendiri. Bawa diri anda sendiri ke kedai buku, perpustakaan dan pesta buku. Anda akan dapati anda semakin suka membaca dan semakin mencintai ilmu. Selamat mencuba! :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Abah sy dulu kasik kitorang baca majalah dewan pelajar..tiap2 bulan mesti ada..so lama2 jadik terbiasa membaca..pantangs enyap je mst baca buku
ReplyDeleteOhh.. samalah dgn saya. Masa sekolah rendah dulu saya suka langgan majalah dewan pelajar. Bagus abah awak, sbb pupuk minat membaca untuk anak2nya.. Anyway, terima kasih sebab komen.. :)
ReplyDeletebagus2..sekarang ni masyarakat kne wujudkan budaya cintai buku..
ReplyDeletesebeb, sesebuah masyarakat itu dinilai daripada setinggi mana ilmu yg mereka ada..
jadi, untuk meningkatkan nilai masyarakat kita, marilah kita sama2 membaca dan menambahkan ilmu di dada..
=)
Hmm.. Betul tu 'mengenaldiri'. Saya setuju dengan awak, makin tinggi ilmu sesebuah masyarakat itu, semakin hebatlah masyarakat itu. Contohnya masyarakat Jepun yang memiliki ilmu yang hebat dlm membuat kereta. Saya sendiri suka kereta nissan fair lady z! :)
ReplyDeleteOh ya, lupa pula nak cakap. Terima kasih 'mengenaldiri' kerana sudi komen.. :)
ReplyDelete